Logo Halal Jakim

Mulai 1 Januari 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.

Letupan Empire Shopping Gallery

empire shopping gallery subang meletup

Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery kira-kira jam 3.40 pagi ini.

Menurut saksi di lokasi , anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

sumber : Malaysiainsider

gambar empire gallery subang jaya

gambar di empire gallery yang meletup

empire gallery subang

sumber gambar : berita terkini tv3.com.my

Saman Oleh Warden Trafik DBKL

Mulai 1 Oktober ini, warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini.

Sebelum ini, mereka hanya boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi empat kesalahan di atas, ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Dang Wangi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Ismail, Jalan Gereja, Jalan Parlimen, Jalan Leboh Ampang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

sumber : berita online