Datuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun) . lahir 17 Februari 1960 di Kancung Darat, Banting, Selangor. Seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya.
Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.
Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.
Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.
Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara bawah 15 tahun MSSM
Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Pencapaian
- Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987
- Juara Terbuka Jerman 1981, 1983
- Naib juara Piala Dunia 1982
- Juara Terbuka Sweden 1982, 1983
- Juara Terbuka Kanada 1983
- Naib juara Seluruh England 1986
- Naib juara Terbuka Malaysia 1986
- Juara Terbuka Singapura 1987
- Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)
