Nasib 30,000 tempahan online AirAsia

Selepas tercalar dengan berita  Air Asia di saman oleh pihak berkuasa di  Australia , Air Asia hari ini mengeluarkan kenyataan untuk menyusun semula  30,000 tempahan online  bagi perjalanan Air Asia X ke London, Paris dan India yang dibatalkan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan semua penumpang, yang memegang tempahan bagi destinasi-destinasi tersebut, akan ditawarkan pilihan perjalanan alternatif tanpa sebarang kos tambahan bagi mengurangkan kesulitan yang disebabkan oleh penarikan semula laluan itu.

Tawaran itu termasuk pembayaran balik penuh, laluan semula ke destinasi AirAsia X lain (di Australia dan Asia Utara) atau berpindah ke syarikat pengangkutan alternatif yang ada tersedia.

 

Keputusan Rasmi Juara Lagu Ke 26 2011

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF telah menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Lagu ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat menerima hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz juga membawa pulang RM10,000 apabila memenangi vokal terbaik.

gambar hafiz menang juara lagu

  • Juara Lagu – Hafiz ( Awan Nano )
  • Tempat Kedua – Ning, Shila dan Jacklyn (Beribu Sesalan)
  • Tempat Ketiga – Faizal Tahir ( Karma )
  • Persembahan Terbaik – Alyah ( Kisah Hati )
  • Vokal Terbaik – Hafiz ( Awan Nano )

Senarai lagu 12 lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 26

Antara lagu-lagu yang bertanding adalah

  1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  3.  Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

kredit gambar : facebook tv3

Lirik Lagu Awan Nano Afiz Af

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Senarai pemenang AJL 1986-2010:

  1. 1986 – Sekadar di Pinggiran / Francesca Peter
  2. 1987 – Menaruh Harapan / Zaiton Sameon
  3. 1988 – Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu / Ramlah Ram
  4. 1989 – Isabella / Search
  5. 1990 – Janji Manismu / Aishah
  6. 1991 – Takdir dan Waktu / Mega
  7. 1992 – Pada Syurga di Wajahmu / Nash
  8. 1993 – Teratai Layu di Tasik Madu / Fauziah Latiff
  9. 1994 – Tanya Sama Itu Hud-hud / M. Nasir
  10. 1995 – Cinta Beralih Arah / Aishah
  11. 1996 – Jerat Percintaan / Siti Nurhaliza
  12. 1997 – Ghazal Untuk Rabiah / M. Nasir & Jamal Abdillah
  13. 1998 – Cindai /Siti Nurhaliza
  14. 1999 – Andalusia / M. Nasir
  15. 2000 – Balqis / Siti Nurhaliza
  16. 2001 – Mimpi Laila / Yassin
  17. 2002 – Keliru / Nurul & Ajai
  18. 2003 – Bunga-bunga Cinta / Misha Omar
  19. 2004 – Rela Kupujuk / Spider
  20. 2005 – Gemilang / Jaclyn Victor
  21. 2006 – Terlalu Istimewa / Adibah Noor
  22. 2007 – Itu Kamu / Estranged
  23. 2008 – Lagu Untukmu / Meet Uncle Hussain
  24. 2009 – Pergi / Aizat
  25. 2010 – Tolong Ingatkan Aku / Ana Raffali

Amalan Menyambut Hari Valentine’s Day Adalah Haram

be my valentine

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut,seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park,Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sumber rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia