Permohonan kemasukan para pelajar Darjah Enam ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan para pelajar Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka mulai 15 September 2012.
Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan :
Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan. Klik sini http://parents.sekolahmalaysia.com/
Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2012.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
-UPU-