Putera William & Kate Middleton Akan Datang Ke Malaysia 13 September

Putera William dan Kate Middleton di Malaysia

Pewaris takhta diraja Britain, Putera William bersama isterinya Kate Middleton akan melawat Malaysia pada 13 hingga 15 September depan.

Keluarga diraja yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge itu hadir bagi memenuhi siri jelajah jubli emas Ratu Elizabeth II, demikian menurut Istana St James seperti dilaporkan portal www.redcarpet.net.my

Ketika menginap selama dua hari di Malaysia, baginda akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pasangan itu akan turut mengunjungi Sabah.

Pesta Flora 2012

Putrajaya FLORIA 2012 – Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia kembali lagi. Pesta ini mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga.

Tarikh Pesta Flora 2012 : 30 Jun – 8 Julai 2012
Tempat Pesta Flora 2012 : Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Waktu Pesta Flora 2012 :

  • 9.00pg – 10mlm (Isnin-Khamis)/
  • 9.00pg – 12.00tgh mlm(Jumaat-Ahad)

Tema Pesta Flora 2012 : Bunga Kertas – Tetap Menawan
Bayaran Masuk Pesta Flora 2012 : PERCUMA

Kordinat GPS : 2.924820, 101.685365

Datang ke Floria: Dengan Tren KLIA Transit

Tren KLIA-KL Sentral Transit berhenti di 3 lokasi :

KLIA-Salak Tinggi | Putrajaya/Cyberjaya | Bandar Tasik Selatan-KL Sentral.

Untuk perjalanan KLIA-KL Sentral, tren akan memulakan operasi dari KLIA pada pukul 5:22 pagi. Tren terakhir pula berlepas dari KLIA pada pukul 1:03 pagi. Perjalanan dari KLIA ke Putrajaya mengambil masa 13 minit, dengan kekerapan tren 30 minit sekali.

Tambang tren dari KLIA ke stesyen Putrajaya/Cyberjaya

  • RM6.20 -dewasa
  • RM3 -kanak-kanak.

Untuk perjalanan KL Sentral-KLIA, tren akan memulakan operasi dari KL Sentral pada pukul 5:33 pagi. Tren terakhir pula berlepas dari KL Sentral pada pukul 12:03 tengah malam. Perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya/Cyberjaya mengambil masa 17 minit, dengan kekerapan tren 30 minit sekali.

Tambang dari KLIA ke Stesyen Putrajaya/Cyberjaya

  • RM9.50 -dewasa
  • RM4.50 -kanak-kanak.

Hukumnya Haram Jika Tidak Bayar Pinjaman PTPTN

Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.

“Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat.

Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. BERNAMA