Senarai 16 Pasukan Dan Kumpulan Euro 2012

Senarai Pasukan dan Kumpulan EURO 2012

Kumpulan A : Poland, Greece, Russia, Republik Czech
Kumpulan B : Belanda, Denmark, Jerman, Portugal
Kumpulan C : Sepanyol, Itali, Ireland, Croatia
Kumpulan D : Ukraine, Sweden, Perancis, England

Poland dan Ukraine akan menjadi tuan rumah kejohanan empat tahun sekali dan dijadualkan berlangsung pada 8 jun hingga 1 Julai 2012

Perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor FC ditunda ke 26 Mei

Perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor FC yang dijadual pada 15 Mei ditunda ke 26 Mei, kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim.

Katanya, penundaan perlawanan itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) mengemukakan rayuan.

Beliau berkata pihaknya membuat rayuan tersebut bagi memberi masa kepada pemain untuk bersama peminat skuad ‘The Red Warriors’ menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei ini.