Permohonan Matrikulasi KPM 2013/2014

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 mulai 1 Julai 2012 yang lalu.

Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2013/2014 ialah pada 10 Oktober 2012.

Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black ft Malique

edit: youtube official Teman Pengganti


Teman Pengganti – Komposer / Lirik Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan

Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

 

Edit 25/9/2012

Ada khabar , pencipta lagu Teman Pengganti, Malique Ibrahim tengah sakit tetapi tidak dapat dipastikan gossipnya. Apa pun, kita doakan  semoga beliau sihat bahagia dalam kehidupannya.

berita malique meninggal

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu Mulai 16 Julai 2012

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kepada orang ramai bahawa wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, wang kertas siri baharu ini terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas RM50 dalam siri ini telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran.