Ibu dalam video youtube dera bayi sudah dipenjara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai berhubung penyebaran video penderaan bayi melalui Facebook hari ini, mengesahkan wanita berkenaan sudah ditangkap pada tahun lalu dan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Rakaman selama empat minit lapan saat itu menunjukkan wanita berkenaan memukul bayi yang juga anak kandungnya itu menggunakan bantal dan peralatan dipercayai telefon bimbit berulang kali menyebabkan mangsa menangis tanpa henti.

video ibu dera anak*video ini terlalu sedih untuk dikongsi. Bayi ini dicubit di tangan, kaki , ditendang juga ditampar di muka selama 4minit 18saat.

bu dera bayi youtubeMenurut kenyataan PDRM melalui laman Facebooknya , kes berkenaan dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan sudah dibuat pada hari yang sama ke atas pelaku yang juga ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera itu.

Katanya, wanita berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

4 thoughts on “Ibu dalam video youtube dera bayi sudah dipenjara

  1. 18 bulan x cukup! Budak ini akan didera lebih teruk sekembalinya ibu celaka ini ke pangkuannya. Ibu ini tidak layak mnjaga anak malang ini.

    • Ibu ini tidak layak sama sekali untuk menjaga bayi ini….ibu yang tidak berhati perut,,,kalau boleh jangan serahkan bayi ini kepada ibunya…wanita ini tidak berhak…..bg sya 18bulan tu tidak cukup, kalau boleh hukum penjara seumur hidup…..itu bru puas hati…..tidak layak begelar seorang IBU….Tak tahu besyukur dah dikurniakan seorang anak….sepatutnya dhargai….perempuan BODOH……..

  2. betul 2,saya sokong…18 bulan x ckup bagi orang yang x reti bersyukur ni,pandai buat anak tapi bila da dapat,diperlakukan macam binatang..!!!bagi hukuman lagi berat…

  3. pompuan ni bkn manusia klu dah bt anak kndung sndri mcm binatang……tau bt ja tp mnjaga haram 44 malaikat……heran sy ada juga manusia jenis mcm ni…..smpai ati dia bt anak sndri mcm 2.,….pnjara stkat 18 bulan tuk pompuan mmg tak cukup….bg yg lbh brat lg spya dia sedar…..klu tak sedar2 juga bg seumur hdup tgl dlm pnjara bru dia tau……pompuan tak pndai mnghargai anak sndri……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

What is 2 + 3 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)