Santuari Gajah Sungai Ketiar terletak di Sungai Ketiar kira-kira 56 km daripada Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Mula dibuka pada 30 Januari 2009. Terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut serta berdekatan dengan Santuari Kelah di Sungai Petang.
Masuk adalah percuma dan pelawat dibenarkan memberi makan, menunggang dan berbagai aktiviti bersama gajah-gajah yang berada di sini selepas jam 2 petang.



